Sharmine Arina Binti Suhaimi, 16y/o, SMS Raja Tun Azlan Shah, Ulu Klang, Malaysia, Nur Qamarina Safura<3, 6th of March 1996, The Three Musketeers<3
facebooktwitterblogskinstumblr
Sehelai KertasLayang
KELIRU
Posted on @Monday, September 19, 2011 with
0 cream.s
aku ke kanan
aku ke kiri
aku ke depan
mahupun ke belakang
setiap langkah
ku rasakan tak kena
mengapa?
adakah sesuatu yang celaka bakal berlaku kelak?
aku keliru
aku membuka bicara
tetapi ku rasakan setiap perkataan seperti tidak kena
aku berasa aku harus diam sahaja
hati ini masih lagi mahu berkata-kata
tapi ku pendam, simpan kelukan lidah
mengapa?
adakah setiap perkataan aku akan mendatangkan musibah?
aku keliru
ku palsukan senyuman
agar tiada yang perasan
tapi lama kelamaan
aku rasa seperti menipu diriku sendiri
hanya luaran nampak bahagia
dalam hati?
siapa yang nampak?
mengapa?
adakah perlu bagiku memendam rasa agar yang lain bahagia?
aku keliru
aku cuba meluahkan segalanya
tetapi aku rasa tiada yang kisah
aku rasa seperti membazirkan air liur ku yang berharga ini sahaja
asal aku berbicara pasti ada sahaja yang menyangkal
mengapa?
aku tahu aku tidak sempurna
tetapi tiada yang sempurna bagiku
adakah kerana kedegilan kepala ku ini?
aku keliru