Sehelai Kertas Layang
KESAH
Posted on @Monday, October 10, 2011 with 0 cream.s
alkisah bermula...
dua insan dipertemukan..
di alam maya...
antara wayar...
dan papan pemuka....

tiga huruf pembuka kata..
ditanya itu dan ini juga..
walhal pernah bertemu mata..
tapi tidak disangka...

diteruskan bicara....
bersambung pula dengan pesanan ringkas pertama..
hati masih tertanya-tanya..
YANG MANA?

tidak cukup lagi kemusykilan di hati..
kini, suara didengari..
mana tahu kalau-kalau dapat meneka...
tapi masih sama jawapannya...

diteruskan juga pertalian yang penuh tanda tanya...
kini, lebih akrab daripada biasa...
akhirnya....
diambil keputusan ingin bertentang mata

hari dipilih, masa ditentukan.. serta di mana
akhirnya...berjumpa juga dua pasang mata...
tidak disangka sudah berpuluh kali berlanggar bahu..
tapi cuma tidak tahu....

bersambung lah kisah mereka berdua...
pada mula ingin berteman sahaja..
namun ada ketika terasa cinta..

dua-dua ingin mengelak...
tidak mahu perkara buruk berlaku...
dua-dua ingin kan perkara yang sama...
iaitu.. BERSAMA

sebulan berlalu...
keadaan semakin kusut..
kusut, serabut...
semuanya berselirat.....
tak tahu mana pucuk pangkalnya perkara itu...

pertalian semakin renggang...
dan terus merenggang...
kini, dua insan yang ingin bersama...
terputus hasratnya...

ada saja yang masuk ...
ada saja yang keluar...
yang di sini..
masih tertanya..
MENGAPA...

yang di sana....
terlalu kusut...
tak dapat mengawal keadaan...
meneruskan perjalanan...

akhirnya redha jika ini ketentuanNya...
tidak mahu mereka bersama..
pasti ada hikmahnya....

based on true story
fully written by:adzminerikry
2:36 AM
ruang tenang

Labels: , ,



Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.