Sehelai Kertas Layang
Something New
Posted on @Friday, October 21, 2011 with 0 cream.s
aku mencuba sesuatu yang baru
yang jarang aku lakukan dalam hidupku
yang amat susah untuk ku lakukan sebenarnya
yang teramat pilu untuk dilakukan
tetapi kini ku memberanikan diri mencuba untuk melakukan perkara ini

aku melakukan anjakan paradigma
mungkin sebelum ini aku telah bergerak
tetapi kini aku bergerak dengan lebih maju
maju ke depan
agar apa yang ku inginkan akan tercapai

mungkin mudah
orang yang melihat , menilai
tetapi aku yang merasa
apakah mereka juga boleh merasa apa yang ku rasa?

sebelum ini ku paksa diri melupakannya
ku paksa diri tidak memikirkannya
ku paksa diri agar tidak terfikirkannya
tetapi akhirnya hanya sama
aku tidak terdaya untuk melakukannya
hanya kerana masih ada lagi memori yang tersepit, tertinggal
di segenap ruang yang ku lalui

telefon bimbit yang ku genggam setiap hari
komputer riba yang ku pegang setiap hari
menambahkan lagi kedukaan di hati ini
tidak dapat kularikan diri
daripada kenyataan yang menyakitkan ini

aku berjanji
aku tidak akan mengulanginya lagi

insyaAllah aku akan dapat melakukannya....
AMIN!

Labels:



Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.